Bila hati digoda rindu
Melamun sendirian...
Dimataku hanyalah satu
Hanya dikau seorang...
Sekuntum senyum penawar keresahan,
menambat jiwa kerana mesra yang bercambah ditatah madah indah...
Wednesday 30 December 2009
Cinta & Rindu...
Posted by koreangulrz at 06:15 0 comments
Bunga-bunga Harapan
Jika kasihmu bagai sumur di tengah gurun...,
biarlah airnya melimpah seribu tahun...
Kalau rindumu seperti gelombang di tengah lautan...,
janganlah ia pecah sewaktu sampai ke tepian...
Andai kesetiaanmu setinggi menara di puncak pergunungan...,
usah relakan ia rebah berguguran...
Posted by koreangulrz at 06:14 0 comments
Saturday 21 November 2009
cuti...yg panjang...
apa nk buat..? cuti yg pnjang..memerlukan perancangan yg betul n rapi...jika tidak, cuti yg sepatutnya m'jd perkara yg menyenangkn akan m'jd sesuatu yg tidak menyeronokkan dan hanya membazir waktu melakukan p'kara yg x b'faedah...
maka, rancang la cuti dgn efektif...
Posted by koreangulrz at 04:39 0 comments
Saturday 7 November 2009
keys of friendships
10 kunci persahabatan
1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.
3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.
5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda
sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaanmereka pula.
8) Belajar daripada satu sama lain.
9) Jangan mengata di belakang kawan anda.
10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
Posted by koreangulrz at 05:32 0 comments